Friday, February 10, 2012

Insan bernama Teman

Hati ini
Semakin lama semakin jauh dari kau
Tidak ku pasti samada 
Kau yang menjauh 
Atau aku


Hati ini
Semakin sepi kau tinggalkan 
Tidak ku pasti samada
Kau sengaja 
Atau aku sengaja


Hati ini
Tiada titik tolak lagi ku rasakan 
Kau dan aku bukan lagi pasangan yang pasti 
Tidak ku pasti samada 
Ini kehendak kau 
Atau sudah suratan 


Langkah demi langkah 
Kita daki bersama 
Jatuh terluka kau sambut tanganku 
Terima kasih atas kesakitan 
Yang telah kau berikan 
Tidak ku pasti samada 
Ini luka yang setimpal 
Atau kebencian kau pada aku 


Air mata menjadi permata 
Kebencian menjadi nyata 
Ini lah hidup di dalam dunia
Bersendirian 


Selamat tinggal kasih sayang 
Terima kasih atas pengalaman 
Yang kau berikan 


Kerana kau yang ku damba 
Insan yang bernama TEMAN


#tears

No comments:

Post a Comment